KERTAS KERJA PROGRAM 'BORN TO READ' 2011
1.0 PENGENALAN
Seperti yang diketahui Program NILAM yang membawa maksud Nadi Ilmu Amalan Membaca adalah satu program wajib di semua sekolah di Malaysia. Secara umumnya ia adalah satu program di mana para pelajar dikehendaki membaca dan mencatat di buku yang telah ditetapkan. Namun ia bukanlah semudah itu kerana kebanyakan pelajar perlu dipaksa dan diharapkan melalui paksaan ini ia akhirnya dapat membentuk satu tabiat di kalangan pelajar. Pihak Pusat Sumber mangambil inisiatif untuk memperkukuhkan dan menggalakkan program membaca ini dengan mula memperkenalkan Program "Born To Read" pada tahun 2010. Pada tahun ini ia dijadikan sebagai salah satu Program Inovasi di mana pihak Pihak Sumber akan membuat penambahbaikan terhadap program ini dengan harapan dapat menambah bilangan pelajar yang membaca dan mencatat; dan bilangan serta peratus pelajar yang mendapat pengiktirafan.
Program "Born To Read" ini sebenarnya adalah satu Program "Mentor Mentee NILAM". Pelajar (mentee) Tingkatan 1, 2 dan 4 akan menjalankannya secara kelas bersama guru kelas (mentor) masing-masing manakala pelajar (mentee) Tingkatan 3 dan 5 pula dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil di bawah seliaan guru (mentor) yang telah ditetapkan.
Pelajar dan guru dibekalkan dengan Buku Log Perjumpaan masing-masing untuk digunakan semasa perjumpaan yang telah dijadualkan sekali sebulan. Aktiviti-aktiviti yang telah dilagangkan di dalam Buku Log adalah untuk dijalankan mengikut tarikh perjumpaan. Pelajar perlu melunaskan semua aktiviti agar markah dapat diberikan bagi memudahkan pihak Pusat Sumber memilih pemenang untuk diberi ganjaran di penghujung program pada akhir tahun. Semua mentor hendaklah menghantar Buku Log Perjumpaan Guru ke pejabat dan Buku Log Perjumpaan Murid ke Perpustakaan
LATAR BELAKANG
- Pekeliling Ikhtisas Bil.13/1998 bertarikh 27 Mei 1998 yang mewajibkan bahawa Program NILAM wajib dijalankan di semua sekolah di seluruh Negara.
- Program NILAM adalah usaha KPM bagi membina tabiat membaca seterusnya mewujudkan budaya membaca dan budaya ilmu dalam kalangan rakyat Malaysia.
- Berdasarkan analisa pelaksanaan Program NILAM 2004, kadar bacaan murid telah meningkat, iaitu sekolah rendah 15 buah buku setiap murid dan sekolah menengah 8 buah buku setiap murid.
2.0 RASIONAL
Program ini adalha diharap menjadi pemangkin kepada pelajar untuk membaca agar dapat menjalankan aktiviti-aktiviti yang telah disediakan. Aktiviti-aktiviti yang disediakan pula agak mudah dan bersesuaian untuk semua aliran pelajar dari Tingkatan 1 hingga 5 dengan harapan dapat memotivasi pelajar agar berminat membaca.
3.0 MATLAMAT
Pelajar minat membaca dan mula atau meneruskan mencatat di dalam BUku Program NILAM. Ia akhirnya membawa kepada tabiat membaca malahan dapat melahirkan Tokoh Pembaca.
Pelajar minat membaca dan mula atau meneruskan mencatat di dalam BUku Program NILAM. Ia akhirnya membawa kepada tabiat membaca malahan dapat melahirkan Tokoh Pembaca.
4.0 OBJEKTIF
4.2 Meningkatkan bilangan buku yang dibaca oleh murid.
4.3 Meningkatkan peratus murid memdapat pelbagai pengiktirafan NILAM.
5.0 TEMA PROJEK
6.0 NAMA PROJEK
7.0 TARIKH PELAKSANAAN
8.0 SASARAN
Semua pelajar SMK Tun Mutahir9.0 GURU PENASIHAT
Semua AJK Kerja PSS:- Pn. Noor Aini Mohammed
- Cik Norazizi Mahmood
- Pn. Zaida Mat Yasin
- Cik Aniha
- En. Muhd Izuan
- Pn. Zawiyah Mohamad
- En. Abdul Kadir Idris
- Cik Joyce Tan
- Cik Tan Jee Ngoh
- Pn. Salomi Naim
- En. Asmadi Saringat
10.0 PELAKSANAAN PROJEK
A. PERANCANGAN
- Menyediakan aktiviti yang bakal dijalankan.
- Menyediakan jadual program yang akan dijalankan untuk dimuatkan ke dalam takwim sekolah.
- Mendapatkan maklumbalas daripada kerani sekolah berkaitan dengan peruntukan yang diperlukan bagi program ini.
- Menyediakan kertas kerja.
- Perbincangan tentang budget dengan Pengetua.
- Membuat pesanan peralatan yang diperlukan.
- Menyediakan buku-buku log perjumpaan.
- Taklimat kepada guru.
- Memulakan program mengikut jadual.
B. PIHAK YANG TERLIBAT
Para Pentadbir, AJK Kerja PSS, Semua Mentor
11.0 PENUTUP
Adalah diharapkan program ini dapat dijalankan dengan sempurna dengan kerjasama semua pihak terutamanya AJK Kerja PSS dan Mentor yang telah dipilih agar dapat melahirkan murid yang mempunyai tabiat membaca amnya dan tokoh pembaca khususnya.
Disediakan oleh:
(Pn. Noor Aini Mohammed)
GPM
0 comments:
Post a Comment