Blog Archive
Showing posts with label Kertas Kerja. Show all posts
Showing posts with label Kertas Kerja. Show all posts
Wednesday, June 29, 2011
Sunday, February 13, 2011
Kertas Kerja Majlis Pelancaran Program NILAM Peringkat Sekolah 2011
1.0 PENGENALAN
Program NILAM mula diperkenalkan kepada sekolah-sekolah di negeri Melaka pada bulan April 1999. Program ini adalah sebagai pengganti kepada program Banci Bacaan yang telah dijalankan sebelum ini.
2.0 LATAR BELAKANG
- Pekeliling Ikhtisas Bil. 13/1998 bertarikh 22 Mei 1998 yang mewajibkan bahawa Program NILAM wajib dijalankan di semua sekolah di seluruh Negara.
- Program NILAM adalah usaha KPM bagi membina tabiat membaca seterusnya mewujudkan budaya membaca dan budaya ilmu dalam kalangan rakyat Malaysia.
- Berdasarkan analisa pelaksanaan Program NILAM 2004, kadar bacaan murid telah meningkat, iaitu sekolah rendah 15 buah buku setiap murid dan sekolah menengah 8 buah buku setiap murid.
- Malaysia iaitu " 100% murid normal mencapai kemahiran literasi dan numerasi selepas 3 tahun sekolah rendah menjelang tahun 2015".
3.0 OBJEKTIF
- Mewujudkan semangat yang tinggi di kalangan pelajar untuk menjadi satu bangsa yang maju dan berjaya dalam hidup ekoran sifar duka membaca.
- Melahirkan semangat kerjasama di antara semua warga SMK Tun Mutahir untuk menjadikan Program NILAM sebagai satu program yang unggul dan gemilang.
4.0 TEMA
BUDAYA MEMBACA BUDAY 1 MALAYSIA
5.0 NAMA PROGRAM
Majlis Pelancaran Program NILAM Peringkat Sekolah 2011
6.0 TARIKH
14 Februari 2011
7.0 SASARAN
- Semua Guru
- Semua Pengawas Pusat Sumber
- Semua Murid SMK Tun Mutahir
- Semua Penerima Anugerah
8.0 TEMPAT
Dewan Sekolah
9.0 PELAKSANAAN
A. PERANCANGAN
- Merancang program
- Menyediakan kertas kerja
- Emel kertas kerja kepada Pengetua
- Memulakan persediaan untuk majlis pelancaran setelah mendapat persetujuan Pengetua.
- Menjalankan program bila tiba tarikhnya
B. PIHAK TERLIBAT
- Semua AJK Kerja PSS
- Semua AJK yang dilantik
C. MAJLIS PERASMIAN
Majlis Perasmian akan diadakan pada 14 Februari 2011 oleh Pengetua, Tn. Hj Zolkaply Bin Yunus.
10.0 KOS PROJEK:
BIL | ITEM | JUMLAH (RM) |
1 | BANTING (RM 40.00 X 2) | RM 80.00 |
11.0 PENYATA KEWANGAN PROJEK
PENDAPATAN
- PCG Pusat Sumber Sekolah RM80.00
PERBELANJAAN
- Anggaran Perbelanjaan RM80.00
12.0 PENUTUP
Adalah diharapkan Program Pelancaran NILAM Peringkat Sekolah 2011 ini dapat dilaksanakan dengan penuh jaya dan mendapat sokongan daripada pihak pentadbir, para guru, staff sokongan dan para murid sendiri. Semoga dengan menyertai aktiviti-aktiviti sokongan yang dijalankan, para murid akan sedar akan kepentingana budaya membaca yang dapat menjana pemikiran.
Disediakan oleh,
PN. NOOR AINI MOHAMMED
GPM
Posted by PSS TUN MUTAHIR at 3:12 PM 0 comments
Labels: Kertas Kerja
Tuesday, February 8, 2011
Kertas Kerja Program 'Born To Read'
KERTAS KERJA PROGRAM 'BORN TO READ' 2011
1.0 PENGENALAN
Seperti yang diketahui Program NILAM yang membawa maksud Nadi Ilmu Amalan Membaca adalah satu program wajib di semua sekolah di Malaysia. Secara umumnya ia adalah satu program di mana para pelajar dikehendaki membaca dan mencatat di buku yang telah ditetapkan. Namun ia bukanlah semudah itu kerana kebanyakan pelajar perlu dipaksa dan diharapkan melalui paksaan ini ia akhirnya dapat membentuk satu tabiat di kalangan pelajar. Pihak Pusat Sumber mangambil inisiatif untuk memperkukuhkan dan menggalakkan program membaca ini dengan mula memperkenalkan Program "Born To Read" pada tahun 2010. Pada tahun ini ia dijadikan sebagai salah satu Program Inovasi di mana pihak Pihak Sumber akan membuat penambahbaikan terhadap program ini dengan harapan dapat menambah bilangan pelajar yang membaca dan mencatat; dan bilangan serta peratus pelajar yang mendapat pengiktirafan.
Program "Born To Read" ini sebenarnya adalah satu Program "Mentor Mentee NILAM". Pelajar (mentee) Tingkatan 1, 2 dan 4 akan menjalankannya secara kelas bersama guru kelas (mentor) masing-masing manakala pelajar (mentee) Tingkatan 3 dan 5 pula dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil di bawah seliaan guru (mentor) yang telah ditetapkan.
Pelajar dan guru dibekalkan dengan Buku Log Perjumpaan masing-masing untuk digunakan semasa perjumpaan yang telah dijadualkan sekali sebulan. Aktiviti-aktiviti yang telah dilagangkan di dalam Buku Log adalah untuk dijalankan mengikut tarikh perjumpaan. Pelajar perlu melunaskan semua aktiviti agar markah dapat diberikan bagi memudahkan pihak Pusat Sumber memilih pemenang untuk diberi ganjaran di penghujung program pada akhir tahun. Semua mentor hendaklah menghantar Buku Log Perjumpaan Guru ke pejabat dan Buku Log Perjumpaan Murid ke Perpustakaan
LATAR BELAKANG
- Pekeliling Ikhtisas Bil.13/1998 bertarikh 27 Mei 1998 yang mewajibkan bahawa Program NILAM wajib dijalankan di semua sekolah di seluruh Negara.
- Program NILAM adalah usaha KPM bagi membina tabiat membaca seterusnya mewujudkan budaya membaca dan budaya ilmu dalam kalangan rakyat Malaysia.
- Berdasarkan analisa pelaksanaan Program NILAM 2004, kadar bacaan murid telah meningkat, iaitu sekolah rendah 15 buah buku setiap murid dan sekolah menengah 8 buah buku setiap murid.
2.0 RASIONAL
Program ini adalha diharap menjadi pemangkin kepada pelajar untuk membaca agar dapat menjalankan aktiviti-aktiviti yang telah disediakan. Aktiviti-aktiviti yang disediakan pula agak mudah dan bersesuaian untuk semua aliran pelajar dari Tingkatan 1 hingga 5 dengan harapan dapat memotivasi pelajar agar berminat membaca.
3.0 MATLAMAT
Pelajar minat membaca dan mula atau meneruskan mencatat di dalam BUku Program NILAM. Ia akhirnya membawa kepada tabiat membaca malahan dapat melahirkan Tokoh Pembaca.
Pelajar minat membaca dan mula atau meneruskan mencatat di dalam BUku Program NILAM. Ia akhirnya membawa kepada tabiat membaca malahan dapat melahirkan Tokoh Pembaca.
4.0 OBJEKTIF
4.2 Meningkatkan bilangan buku yang dibaca oleh murid.
4.3 Meningkatkan peratus murid memdapat pelbagai pengiktirafan NILAM.
5.0 TEMA PROJEK
6.0 NAMA PROJEK
7.0 TARIKH PELAKSANAAN
8.0 SASARAN
Semua pelajar SMK Tun Mutahir9.0 GURU PENASIHAT
Semua AJK Kerja PSS:- Pn. Noor Aini Mohammed
- Cik Norazizi Mahmood
- Pn. Zaida Mat Yasin
- Cik Aniha
- En. Muhd Izuan
- Pn. Zawiyah Mohamad
- En. Abdul Kadir Idris
- Cik Joyce Tan
- Cik Tan Jee Ngoh
- Pn. Salomi Naim
- En. Asmadi Saringat
10.0 PELAKSANAAN PROJEK
A. PERANCANGAN
- Menyediakan aktiviti yang bakal dijalankan.
- Menyediakan jadual program yang akan dijalankan untuk dimuatkan ke dalam takwim sekolah.
- Mendapatkan maklumbalas daripada kerani sekolah berkaitan dengan peruntukan yang diperlukan bagi program ini.
- Menyediakan kertas kerja.
- Perbincangan tentang budget dengan Pengetua.
- Membuat pesanan peralatan yang diperlukan.
- Menyediakan buku-buku log perjumpaan.
- Taklimat kepada guru.
- Memulakan program mengikut jadual.
B. PIHAK YANG TERLIBAT
Para Pentadbir, AJK Kerja PSS, Semua Mentor
11.0 PENUTUP
Adalah diharapkan program ini dapat dijalankan dengan sempurna dengan kerjasama semua pihak terutamanya AJK Kerja PSS dan Mentor yang telah dipilih agar dapat melahirkan murid yang mempunyai tabiat membaca amnya dan tokoh pembaca khususnya.
Disediakan oleh:
(Pn. Noor Aini Mohammed)
GPM
Posted by PSS TUN MUTAHIR at 9:37 AM 0 comments
Labels: Kertas Kerja
Subscribe to:
Posts (Atom)