1.0 PENGENALAN
Perkembangan ICT semakin hari semakin mencabar. Pusat Sumber tidak terkecuali mengikuti perkembangan ini. Oleh itu usaha untuk mewujudkan blog sendiri telah dijadikan sebagai satu prioriti bagi Program Inovasi PSS pada tahun 2011 ini.
2.0 RASIONAL
Dengan adanya program ini diharap Pusat Sumber akan membangun dengan lebih pesat.
3.0 MATLAMAT
Semua warga SMKTMu dapat memanfaatkan segala maklumat yang disediakan dan dapat memberikan sumbang saran bagi meningkatkan kualiti PSS.
4.0 OBJEKTIF
- Membantu semua pengguna mendapat maklumat terkini PSS dan sebaliknya.
- Memperbaiki dan meningkatkan perkhidmatan di PSS daripada maklumat dan sumbang saran pengguna.
- Menjadi pemudahcara untuk segala urusan komunikasi antara PSS dengan pengguna atau pentadbir terutamanya yang memerlukan tindakan segera.
- Meningkatkan kreativiti Pengawas dan Ahli Jawatankuasa PSS.
5.0 TEMA PROJEK
" MARI BERINTERAKSI BERSAMA PSS"
6.0 NAMA PROJEK
PROGRAM "BLOG PEMUDAHCARA"
7.0 TARIKH PELAKSANAAN
Mulai 14 Februari 2011
8.0 SASARAN
Semua Warga SMK Tun Mutahir
9.0 GURU PENASIHAT
Semua AJK Kerja PSS:
- Pn. Noor Aini Mohammed
- Cik Nor Azizi Mahmood
- Pn. Zaida Mat Yasin
- Cik Aniha
- En. Muhd Izuan
- Pn. Zawiyah Mohamad
- En. Abdul Kadir Idris
- Cik Joyce Tan
- Cik Tan Jee Ngoh
- Pn. Salomi Naim
- En. Asmadi Saringat
10.0 PELAKSANAAN PROJEK
A. PERANCANGAN
- Merancang pengisian untuk blog
- Membuka akaun bagi membangunkan blog
- Memilih background dan sebagainya
- Membuat pengisian di blog
- Memulakan program dengan menghebahkannya di Perhimpunan dan radio
B. PIHAK YANG TERLIBAT
AJK Kerja PSS, Pengawas PSS
11.0 KOS PROJEK
Tiada
12.0 PENYATA KEWANGAN PROJEK
Tiada
13.0 PENUTUP
Adalah diharapkan program dengan wujudnya blog PSS ini, para pengguna mendapat manfaat. AJK PSS juga diharap agar sentiasa peka untuk sentiasa mengemaskini maklumat agar pengguna sentiasa mendapat apa saja yang terkini.
Disediakan oleh,
PN. NOOR AINI MOHAMMED
GPM
0 comments:
Post a Comment